BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 4 August 2011

kali pertama kita bersama...

kali pertama diri ku ini diperkenalkan oleh seseorang...
dengan seseorang yang ku tak sangka akan mempunyai satu ikatan yang suci...
kali pertama ku berkenalan dengan beliau..
ku berasa sangat gembira kerana perangai kami hampir-hampir sama...
hari demi hari..kami kerap berbual..
walaupun melalui internet..tapi kami berasa seronok...
apa kan daya kami berjauhan..berjauhan tidak bermakna tidak boleh menjalinkan hubungan yang suci...
sejak kami berkenalan satu sama lain..
kami mula mempunyai perasaan sangat serius...
kami membuat keputusan untuk mempunyai ikatan yang direstui...

aku selalu merindui dirinya...
kerana dia,aku tahu erti kasih dan cinta..
kerana dia,aku dapat lupakan cinta dusta..
kerana dia,aku mengenali diriku yang sebenarnya..
kerana dia,aku dapat cinta yang suci yang sangat bahagia..

walaupun kami sering bergaduh..
kami tetap bersama...
aku tahu diri ku ini terlalu ego..
aku cuba sedaya upaya untuk membuang ego ku ini..
tapi apa kan daya...aku tak mampu...
tapi aku tetap mencuba demi kebahagiaan kekasihku ini...

aku akui..aku sering sahaja ingin kemenangan..
tetapi dia masih boleh beralah dengan aku..
kadang-kadang apa yang dia luahkan,aku tak suka,aku marah..
tetapi ada betulnya..tapi aku ego..
untuk menutup kesalahan diri sendiri..
maafkan aku kerana sikap aku ini..

aku akan berjanji cinta kita yang abadi...
berikan aku peluang untuk berubah..
aku tahu aku banyak sakiti hatimu..
tapi tidak bermakna aku tidak sayangkan kau...
percayalah kerana ini kata hati ku ini..
dari insan yang mencintai mu...


cinta abadi

0 comments: